Youtube tersedia pada Xbox One di hari pertama

Applikasi Youtube akan tersedia pada konsol terkini dari Microsoft iaitu Xbox One pada hari pertama dan ia disahkan oleh Microsoft sendiri. Applikasi Youtube itu juga tersedia dengan HD Penuh 1080p serta kategori.

Selain daripada itu, aplikasi youtube ini boleh digunakan menggunakan Kinect dengan hanya berkata¬† “Youtube” dan anda boleh mengawal menggunakan kawalan suara seperti, play, pause serta fast forward.

Isyarat pergerakan seperti menggunakan tangan juga tersedia seperti menggunakan tapak tangan untuk melihat video seterusnya atau memilih video yang lain tanpa perlu menggunakan controller.

Xbox One bakal berada di pasaran US pada 22 November 2013 ini dengan harga USD499.00 (RM1,599.79), dengan USD100 lebih mahal dari Playstation 4 tetapi disertakan dengan Kinect. Belum/Tiada pengumuman rasmi bila konsol Xbox One bakal berada di Malaysia secara rasminya. Tetapi anda masih boleh mendapatkan konsol ini melalui kedai bukan rasmi di Malaysia.

Untuk review saya mengenai Playstation 4, anda boleh melayari link ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?