Xbox One X, konsol paling berkuasa dari Microsoft, bakal dilancarkan November 2017

Microsoft telah melancarkan Xbox One X, konsol terkini yang paling berkuasa.

Diperkenalkan sebagai Projek Scorpio sebelum ini, konsol ini lebih berkuasa dari Playstation 4 Pro, dimana ia mampu menjalankan game dalam resolusi 4K/60 frames sesaat. Xbox One X dipertontonkan di E3 2017 beberapa minit yang lalu.

Konsol yang berwarna hitam dan petak ini hampir serupa dengan konsol Xbox One tetapi ia lebih ‘ramping’. Microsoft seolah-olah mengubah bentuk dari Xbox One S dan mereka mengatakan bahawa Xbox One X adalah konsol paling kecil. Xbox One dikuasakan dengan 6 teraflop GPU dengan clock pada 1.17Ghz, 12Gb GDDR5 Ram. Sesiapa yang tidak mempunyai tv 4K/HDR, Xbox One X akan menjadikan game tersebut lebih cantik untuk resolusi 1080p.

Selain daripada itu, Xbox One X menjadi konsol pertama yang dilengkapi dengan penyejuk cecair berwap untuk mengurangkan kepanasan konsol tersebut. Sistem penyejukan ini sememangnya menjadi kebiasaan untuk PC serta memandangkan perkakasan yang sangat berkuasa yang melengkapkan Xbox One X ini, sememangnya penyejukan cecair adalah opsyen yang tepat. Sudah tentu Microsoft tidak mahu sejarah Red Ring of Death (RROD/3ROD) berulang.

Microsoft juga mempertontonkan Forza Motorsport 7 yang akan dilancarkan bersama-sama dengan Xbox One X dan ia akan berjalan di konsol Xbox One X pada resolusi 4K/60FPS. Forza 7 akan dilengkapi dengan 700 buah kereta dan ia sangat cantik dan realistik apabila dijalankan di Xbox One X.

Selain daripada itu, PlayerUnknown’s Battlegrounds akan dilancarkan di Xbox One X sebagai konsol eksklusif pada penghujung tahun ini. Game ini sangat popular di pelantar PC, jadi dengan melancarkannya di konsol Xbox One S menjadi satu kelebihan buat Xbox One S ini. Selain daripada itu, beberapa lagi game bakal dilancarkan antaranya State of Decay 2, Deep Rock Galactic dan Dragonball Fighter Z. Beberapa game ini akan dilancarkan di Xbox One terlebih dahulu sebelum konsol yang lain dan ada juga game yang hanya akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Harga Xbox One X secara rasminya berharga USD499.00 sekitar RM 2,128.26. Memandangkan Microsoft tidak melancarkan konsol mereka secara rasmi di Malaysia dan kebanyakkan pengedar mendapatkan stok di Singapura, anda boleh menjangkakan harga Xbox One X ini nanti akan meningkat sehingga RM3,000.00 dan lebih.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?