Xbox One bakal mengatasi Playstation 4 pada 2016

Syarikat penyelidik International Data Corporation (IDC) menjangkakan Xbox One bakal mengatasi Playstation 4 di Amerika Syarikat setelah mereka mengasingkan Kinect dari set Xbox One mereka.

Menurut kajian tersebut, Xbox One bakal mengatasi Playstation 4 tetapi Playstation tetap mendahului pasaran secara keseluruhan. Playstation 4 bakal menjadi konsol yang paling popular sehingga 2016 dengan menjangkakan sebanyak 51 juta unit terjual di dunia.

Menariknya, IDC berpendapat ia tidak dapat dielakkan bahawa Microsoft akhirnya akan akur kepada tuntutan untuk memisahkan Kinect dari set Xbox One yang ada sekarang untuk bersaing dengan PS4.

Berkenaan dengan Wii-U, IDC menjangkakan terdapat potongan USD50 (RM162.00) di seluruh pasaran pada penghujung 2014 atau awal 2015 tetapi ia cuma memberi kesan minima kepada jualan Wii-U

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?