Worms Battlegrounds untuk Xbox One dan PS4 pada 30 May ini

Team 17 telah mengumumkan bahawa Worms Battlegrounds akan berada dipasaran untuk Xbox One pada 30 May ini, PS4 di Eropah pada 30 May dan PS4 di Amerika Syarikat pada 3 Jun. Ia akan dikeluarkan dalam format digital dan bluray disk di kedai-kedai terpilih sahaja.

Versi PS4 akan di sertakan dengan kawalan indikasi status pada warna alat kawalan anda serta anda boleh memilih senjata melalui papan sesentuh di DS4. Versi Xbox One pun akan menyokong aplikasi SmartGlass supaya pemain boleh melihat statistik mereka ketika di luar game.

Disini adalah beberapa ciri-ciri yang bakal ada di game Worms keluaran Team 17 kali ini.

  • 25 misi pemain tunggal
  • 10 ‘Worm‐Ops’ misi mengejar masa
  • 5 persekitaran: Inca, Viking, Feudal Japan, Revolusi Perindustrian and Pra-Sejarah dengan kawalan pencahayaan dari malam ke siang.
  • ‘Multiplayer Deathmatch’ dan mod Kubu dengan ciri-ciri atas talian serta berbilang pemain sehingga empat orang.
  • Grafik serta ciri-ciri permainan yang menarik dengan menyokong 1080p 60fps
  • Landskap yang boleh di ubah
  • Menyokong Klan termasuk logo.
  • 65 jenis senjata dan keperluan
  • Ciri-ciri fizik yang dinaiktaraf
  • Lebih 200 ciri-ciri individu yang boleh dipilih untuk ‘cacing’ anda.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?