Video trailer terbaru Ultra Street Fighter 4

Capcom telah mengeluarkan video terbaru untuk Ultra Street Fighter 4 yang mengenengahkan karektor Poison, salah satu daripada lima karektor baru yang bakal dikeluarkan untuk Ultra Street Fighter 4 nanti.

Video ini menunjukkan gerakan spesial Poison didalam mod latihan serta pertarungan pendek dengan Rolento, iaitu salah satu karektor terbaru juga untuk siri kali ini.

Capcom buat pertama kali mengumumkan Ultra Street Fighter 4 pada Julai tahun lepas. Naik taraf untuk Xbox 360, PS3 dan PC ini akan mengetengahkan lima karektor baru, enam tempat pertarungan baru serta mod yang baru.

Pemilik asal Street Fighter 4 dan Super Street Fighter 4 Arcade Edition boleh memuat turun versi digital untuk Ultra Street Fighter 4 ini bermula Jun 2014 dengan harga sekitar RM50.00 untuk PS3 dan Xbox 360. Untuk versi PC pula anda perlu menunggu sehingga bulan Ogos 2014 dengan harga yang sama. Kepada yang ingin memiliki game Super Street Fighter 4 versi penuh pula, ia bakal berada dipasaran dengan harga sekitar RM130.00.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?