Video : StarCraft II Legacy of the Void trailer dan info

Legacy of the Void adalah expansion terakhir untuk peminat StarCraft 2 dan ia telah diumumkan baru-baru ini ketika Blizzcon. Legacy of the Void akan ditambah dengan ‘single player’ terbaru, mode permainan kooperatif iaitu Archon dan Allied Commanders. Expansion ini adalah expansion standalone dan tidak memerlukan game asas Wings of Liberty ataupun Hear of the Swarm. Gameplay dan trailer terbaru telah dikeluarkan oleh Blizzard dan anda boleh tonton video mengenai karaktor terbaru yang ada didalam Legacy of the Void dibawah.

“Starcraft II Legacy of the Void akan meneruskan cerita Starcraft II Wings of Liberty yang bakal menamatkan saga Starcraft II.”

“Lagenda Protoss iaitu Artanis dan Zeratul cuba untuk menyatukan bangsa mereka untuk melawan musuh jahat iaitu Void yang cuba merosakkan dunia mereka. Nasib hero Terran iaitu Jim Raynor and Keerigan, juga terumbang ambing.

Mod Archon membolehkan dua pemain untuk bersama-sama mengawal kawasan mereka. “Dengan bersama-sama menjaga tentera mereka serta mengawal sumber, pemain akan fokus pada kawasan mereka dan menjaga strategi”, kata pihak Blizzard.

Allied Commanders, iaitu sebuah lagi mod baru dimana pemain akan menjadi komander yang sangat hebat di dalam dunia StarCraft. Setiap komander akan mendapat kelengkapan unik dan mereka harus bertarung mengikut jalan cerita. Setiap kejayaan akan menaikkan kebolehan mereka.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?