Video permainan Transformers Rise of the Dark Spark

Video trailer terbaru game Transformers Rise of the Dark Spark dibawah bakal menunjukkan bagaimana karektor bermain dengan senjata mereka serta kenderaan yang digunakan di dalam pertarungan.

Pemain akan bertukar dari satu karektor ke karektor yang lain bersesuaian dengan situasi seperti mereka akan bertukar ke bentuk kenderaan masing-masing jika diperlukan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Transfromersgame

Dibangunkan oleh Edge of Reality, game ini akan menjadi game ketiga yang dalam peperangan Cybertron.
Ia juga adalah sekuel dari Fall of Cybertron pada tahun 2012 bertepatan dengan keluarkan filem Transformers Age of Extinction yang bakal menemui peminat pada Jun 2014 dan diarahkan oleh Michael Bay.

Rise of the Dark Spark akan menemui peminat pada 24 Jun ini di pelantar PC, PS3, PS4, Wii-U, Xbox 360, Xbox One dan 3DS.

Rise of the Dark Spark will release June 24 for PC, PS3, PS4, Wii U, Xbox 360, Xbox One, and 3DS.

 

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?