Video games boleh membuatkan warga emas lebih gembira

 

Laporan dari Medical Express telah membuat kajian untuk 140 warga emas berumur 63 tahun keatas mengenai berapa lama mereka bermain video games dan lebih 61 peratus mengatakan mereka sememangnya gemar bermain video games manakala 35 peratus bermain video games paling kurang sekali seminggu. Kajian juga telah dibuat mengenai emosi serta kegembiraan dalam kehidupan mereka berkaitan dengan video games.

Keputusan mengenai emosi serta kegembiraan juga menunjukkan mereka yang gemar bermain video game lebih mempunyai emosi yang positif serta lebih gembira serta tenang manakala mereka yang tidak bermain video games emosinya lebih ke arah negatif dan kemurungan yang tinggi.

Dr, Jason Allaire, seorang profesor madya psikologi dari North Carolina berkata, “Kajian ini memberi satu pendapat bahawa terdapat kaitan atau jaringan antara bermain game dengan kehidupan yang lebih sejahtera serta memperbaiki emosi”. “Kami juga bercadang untuk melakukan kajian berkaitan samada dengan bermain game boleh memperbaiki kesihatan mental warga emas”.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?