Video demonstrasi taktik Sniper Elite 3

Game keluaran Rebellion, Sniper Elite 3 akan dikeluarkan untuk PC dan konsol pada Jun ini.

Rebellion juga telah mengeluarkan 3 minit video demonstrasi Sniper Elite 3 bagaimana strategi gameplay tersebut serta mekanik taktik dalam membunuh musuh secara diam-diam.

sniper-elite-3

Dipertontonkan pada umum pada awal tahun lepas, ia memfokuskan misi ketika Perang Dunia Ke Dua di Afrika Utara.Rebellion mengesahkan Sniper Elite 3 akan berada di pasaran pada 27 Jun di seluruh dunia untuk versi PC. Versi PS3, PS4, Xbox One dan Xbox 360 juga akan dikeluarkan pada tarikh yang sama di Eropah tetapi pemilik konsol di Amerika Syarikat perlu menunggu sehingga 1 Julai.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?