Video dan gambar terkini H-Hour World’s Elite

Kepada peminat siri game SOCOM seperti saya, sudah tentu anda masih mengingati keseronokan bermain SOCOM terutama SOCOM 1 dan SOCOM 2. Tapi akhirnya ia digagalkan  dengan SOCOM 4 untuk Playstation 3. Walau bagaimana pun, kepada peminat siri tersebut, David Sears iaitu salah seorang yang bertanggungjawab dalam pembangunan game SOCOM yang asal telah berjaya dalam projek KickStarter dimana projek H-Hour World’s Elite telah berjaya mencapai dana yang diperlukan.

Ia membolehkan David Sears untuk mengeluarkan game yang akan mengembalikan SOCOM kepada cara asal ketika zaman SOCOM 1 dan SOCOM 2 tetapi menggunakan nama berlainan iaitu H-Hour : World’s Elite. Semenjak Julai yang lepas, kurang cerita dan info didengari mengenai H-Hour ini. Tetapi baru-baru ini, beberapa gambar dan video sebenar game tersebut terlepas dan tersebar dan sememangnya ada nampak persamaan dengan SOCOM yang asal. Pendapat anda?

H_Hour_1

H_Hour_2

H_Hour_3

Gambar menu diatas ini dicipta oleh salah seorang peminat dan bukan dari menu asal. Tetapi mengikut kenyataan David Sears, menu H-Hour akan hampir menyerupai seperti gambar diatas. Untuk video pendek gameplay H-Hour, mari saksikan video dibawah yang sepanjang 20 saat. H-Hour Worlds Elite akan berada di pelantar Playstation 4 dan PC pada tahun 2015 nanti.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

One thought on “Video dan gambar terkini H-Hour World’s Elite

  • December 10, 2013 at 12:16 pm
    Permalink

    Khairul Shazril & Tuan Arif Tuan MAt.. friendly reminder… 😀

    ReplyReply

Komen anda?