Video buka kotak Steam Machine beserta gameplay

300 unit Steam Machines berada di tangan mereka yang bertuah menjadi penguji Beta konsol rekaan Valve iaitu Steam Machine. Corey Nelson, salah seorang penguji bertuah konsol yang dikuasakan dengan Linux ini sudi untuk berkongsi video buka kotak Steam Machine ini. Corey Nelson juga menunjukkan bagaimana game Left 4 Dead 2 dimain di Steam Machines dan dikawal menggunakan alat pengawal Steam.

Video dibawah pula menunjukkan apa yang ada didalam Steam machine seperti kad grafik, motherboard dan sebagainya. Kalau dilihat dari segi spesifikasi, Steam Machine ini sebenarnya hampir menyerupai PC tetapi ia diwujudkan khas untuk Gaming.


Akhir sekali video dibawah menunjukkan secara terperinci alat kawalan Steam Machine. Mengikut kata pihak Steam, versi terakhir alat kawalan Steam Machine akan disertakan butang ‘touch screen’ ditengah yang boleh ditekan.

Spesifikasi Steam Machine untuk penerima beta adalah seperti berikut;

  • GPU: sesetengah unit disertakan NVidia Titan, GTX780,  GTX760 atau GTX660
  • CPU: Prosesor pula Intel i7-4770, i5-4570, dan ada yang disertakan i3
  • RAM: 16GB DDR3-1600 (CPU), 3GB GDDR5 (GPU)
  • Storan: 1TB/8GB Hybrid SSHD
  • Power Supply: Internal 450w 80Plus Gold
  • Dimensi: approx. 12 x 12.4 x 2.9 tinggi

Harga dijangka berada dalam lingkungan USD499.00 (~RM1616.26)

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?