Video – Buka kotak PS4 putih Destiny

Destiny telah bersedia untuk dipasarkan tidak lama lagi dan ia telah disahkan oleh Bungie.

Bungie telah mengesahkan perkara tersebut melalui blog mereka dimana game tersebut telahpun dicetak dan sedang dalam proses pembungkusan dan bersedia untuk diedarkan sebelum tarikh perlancaran game tersebut pada 9 September ini di PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

“Destiny sudah bersedia, walaupun ia sudah selesai bagi kami ia masih lagi dalam permulaan yang baru.”

“Ini bukanlah pengakhirannya, kerana kami sudah mula untuk melihat sesuatu yang baru nanti.”

Perisian tambahan (DLC) The Dark Below akan dikeluarkan pada Disember ini. Ia akan disertakan dengan ciri-ciri tambahan yang major iaitu House of Wolves. Sony juga telah menyokong perlancaran Destiny dengan mengeluarkan sistem PS4 terbaru berwarna putih khas yang akan disertakan sekali dengan satu salinan game Destiny. Video buka kotak jugak disertakan dibawah ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?