Valve mahukan alat kawalan Steam serasi dengan Dota 2

Menjadikan alat kawalan Steam untuk menggantikan papan kekunci dan tetikus adalah satu cabaran yang besar untuk syarikat.

Valve bercadang untuk menjadikan Alat Kawalan Steam sesuai dimainkan untuk game yang sangat kompleks menggunakan papan kekunci dan tetikus seperti game Dota 2.

Salah seorang jurutera Valve iaitu Jeff Bellinghausen berkata, mereka dapat bermain Dota 2 menggunakan alat kawalan Steam didalam mod legacy dimana setiap butang di alat kawalan tersebut disesuaikan di butang yang ada di papan kekunci, tetapi yang penting mereka ingin menjadikan ia lebih tepat dan secara keseluruhannya dapat menggantikan fungi papan kekunci dan tetikus dalam bermain Dota 2.Dota-2-review-7[1]

“Dota 2 adalah sebuah game yang kompleks yang menggunakan hampir separuh kegunaan papapan kekunci. Ia adalah satu cabaran, tetapi sesuatu yang sangat menarik juga. Bermain Dota ketika duduk di kerusi sofa mungkin menjadi kenyataan.”

“Untuk game seperti Dota, mungkin kita tidak mampu untuk menyamai secara sepenuhnya, “kata Bellinghausen. “Kita bukanlah berharap pemain pro Dota untuk menggunakan alat kawalan ini, cuma kami ingin menjadikan ia salah satu opsyen untuk para gamer sekalian.”

steam-controller-100251486-orig[1]Alat kawalan Steam di pertontonkan pada September 2013. Ia mempunyai 16 butang, skrin sesentuh dan dua alat kawalan butang jari.

Sebelum ini, video demonstrasi penggunaan alat kawalan iniĀ  telah dipertontonkan pada umum dan game yang boleh dimainkan antaranya Portal 2, Civilization 5 dan Counter Strike : Global Offensive.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?