Titanfall versi Mac sedang diperbincangkan

Respawn Entertainment sedang berbincang dengan Aspyr untuk membawa Titanfall ke Mac.  Vince Zampella telah mengesahkan perkara ini melalui akaun twitternya apabila ditanya oleh salah seorang peminat Titanfall.

Aspyr adalah sebuah syarikat pembangunan yang pakar untuk Mac. Game in berjaya menarik ramai peminat terutama peminat COD memandangkan kebanyakan pekerja di Respawn Entertainment adalah bekas pekerja di  Infinity Ward yang membangunkan game COD termasuk pengasas Respawn Entertainment sendiri. Titanfall dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan Xbox 360 sahaja.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?