Titan Xp secara rasminya adalah kad grafik paling berkuasa buat masa ini

Nvidia begitu obses dengan perkataan kad grafik paling berkuasa didunia. Setahun yang lalu GTX 1080 menerima takhta tersebut, tidak berapa lama selepas itu, GTX Titan X pula. Baru-baru ini GTX 1080Ti bersaing bersama-sama dan kini GTX Titan Xp mengambil alih takhta tersebut.

Titan Xp telah pun diumumkan baru-baru ini dengan harga lebih kurang RM5300.00, ia mempunyai senibina lebih kurang dengan Titan X tetapi Cuda Corenya tersedia dengan 3840 berbanding Titan X berada di 3584. Anda boleh melihat perbezaan kad grafik Titan Xp, Titan X dan 1080Ti di bawah.

Walaupun mungkin hanya sebilangan kecil sahaja yang akan memiliki kad grafik ini, sudah tentu Nvidia tidak akan berhenti untuk meneruskan pembangunan dan penyelidikan mereka terutama sekali apabila pasukan Merah iaitu AMD bakal menonjolkan kad grafik terbaru mereka iaitu dari siri Vega tidak lama lagi..

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?