Tips untuk mengatasi masalah ‘Blue Light of Death’ pada Playstation 4 oleh Sony

Perlancaran Sony Playstation 4 baru-baru ini dikejutkan dengan permasalahan Blue Light of Death kepada sesetengah pihak yang telah mendapatkan versi terawal Playstation 4 tersebut di US.

Simptom-simpton BLOD ialah apabila lampu biru cuma menyala dan perlahan-perlahan malap kemudian menyala dan seterusnya tanpa ke menu utama. Mengikut kata dari pihak Sony, sepatutnya mengeluarkan lampu berwarna putih dan seterusnya ke menu utama. Mengikut kata dari Sony, cuma 0.4% dari jumlah Playstation 4 yang telah dilancarkan pada hari pertama mengalami masalah ini. Sony juga telah mengeluarkan kenyataan dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

 

Simptom-simptom BLOD

  • Lampu biru berkelip-kelip
  • Tiada suara/gambar di skrin TV
  • Konsol ‘off’ dengan sendirinya selepas lampu berkelip-kelip.

Masalah ini mungkin berkaitan dengan salah satu masalah tersebut:

  1. Tidak kesesuaian TV
  2. Masalah pada ‘Power Supply’ PS4
  3. Masalah pada ‘Hardisk’ PS4
  4. Masalah pada ‘Hardware’ PS4 yang lain

 

Mengatasi Masalah Kesesuaian TV: 

  1. Sesetengah pengguna PS4 mengatakan masalah tiada suara/gambar pada TV telah berjaya mereka atasi setelah menaiktaraf ‘firmware’ TV mereka.

Mengatasi Masalah ‘Power Supply’:

1) Off PS4 anda

  • Tekan ‘Power Button’ di depan PS4 anda selama 7 saat sehingga anda mendengar bunyi beep sebanyak dua kali.

2) Cabut kabel ‘power supply’ PS4 anda

  • Cabut ‘Power Supply’ hanya setelah anda menutup suis soket utama ke PS4. Jika anda mencabut ‘Power Supply’ kabel semasa suis soket utama masih ‘ON’, ia mungkin merosakkan sistem PS4 anda.

3)  Perhatikan bahagian A, E, dan F untuk sebarang masalah atau kerosakan atau benda-benda yang tidak normal

  • Anda juga boleh menggunakan Power Cable dari PS3 anda jika anda dan uji samada ia boleh mengatasi masalaht tersebut.

 

 

A) AC IN connector

B )HDMI OUT port

C )HDMI input port

D )HDMI cable

E )AC power cord

F )To an electric outlet

Mengatasi Masalah ‘Hardisk’ 

1) Off PS4 anda

  • Tekan ‘Power Button’ di depan PS4 anda selama 7 saat sehingga anda mendengar bunyi beep sebanyak dua kali.

2) Cabut kabel ‘power supply’ PS4 anda

  • Cabut ‘Power Supply’ hanya setelah anda menutup suis soket utama ke PS4. Jika anda mencabut ‘Power Supply’ kabel semasa suis soket utama masih ‘ON’, ia mungkin merosakkan sistem PS4 anda.

3) Cabut juga semua kabel yang anda seperti kabel HDMI, USB ke controller dan sebagainya.

4) Perlahan-lahan tarik ketepi penutup Hardisk mengikut anak panah dibawah.

 

5) Perhatikan Hardisk samada ia betul-betul berada ditempat yang sepatutnya. Perhatikan juga kabel yang menyambung Hardisk ke MotherBoard PS4 tidak longgar. Perhatikan juga skrew samada ia juga ketat atau tidak seperti gambar dibawah ini.

6)  Jika anda rasakan ia mungkin berpunca dari masalah Hardisk tersebut, anda boleh cuba untuk menukar Hardisk PS4 dengan Hardisk yang lain mengikut spesifikasi yang dibenarkan sahaja. iaitu tidak tebal lebih daripada 9.5mm dan size storan mestilah lebih daripada 160GB.

 

Mengatasi Masalah ‘Software’ 

1) Jika ketiga-tiga perkara diatas berada dalam keadaan yang baik, anda boleh cuba untuk membuatkan PS4 anda ‘boot’ dalam Safe Mode. Cara-cara untuk boot PS4 anda ke Safe Mode;

Sebelum PS4 masuk ke dalam Safe Mode, pastikan perkara-perkara tersebut dahulu;

  1. PS4 telah ‘Off’ dengan menggunakan butang di depan panel PS4.
  2. Tekan PS4 anda semula selama 7 saat dan anda akan mendengar bunyi beep sebanyak 2 kali, selepas itu lepaskan butang power tersebut.
  3. Masukkan USB kabel controller DS4 anda dan tekan butang PS di controller tersebut

Beberapa menu dan perkara yang ada didalam Safe Mode:

  1. Restart System – Menamatkan sesi dan PS4 anda akan Restart seperti biasa.
  2. Change Resolution – Anda boleh menukar resolusi PS4 anda ke 480p setelah Playstation 4 Restart kemudian nanti.
  3. Update System Software – Membolehkan Playstation 4 anda  untuk naik taraf ‘software’ sistem Playstation 4 melalui Internet, USB atau disk.
  4. Restore Default Settings – Mengembalikan Playstation 4 anda ke perisian asal dari kilang atau Factory Resets.
  5. Rebuild Database –  Membuat imbasan pada disk dan mewujudkan pangkalan data baru untuk semua kandungan.
    Operasi ini mungkin mengambil masa yang lama bergantung kepada jenis dan bilangan data.
  6. Initialize PS4IMPORTANT: Semua data dan tetapan akan hilang dengan melakukan langkah ini.
    Memadam semua data pengguna dan mengembalikan PS4 untuk seolah-olah ia hanya keluar dari kotak. Pilihan ini adalah sama seperti [Memula PS4] dalam menu (Tetapan). Sistem perisian (firmware) tidak akan dipadam.
  7. Initialize PS4 (Reinstall System Software)PENTING: Memadam semua maklumat pada HDD, termasuk Perisian Sistem. Satu mesej yang menyatakan peranti storan USB yang mengandungi Perisian Sistem mesti disambung, akan dipaparkan. Kemudian anda boleh mengesahkan pemilihan tersebut. Anda mestilah mendapatkan firmware yang baru dari sini jika anda ingin menghidupkan semula sistem PS4 anda

# Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan. Jika anda tidak paham, sebaik-baiknya anda rujuk kepada mereka yang lebih tahu.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

3 thoughts on “Tips untuk mengatasi masalah ‘Blue Light of Death’ pada Playstation 4 oleh Sony

Komen anda?