Tiada Need for Speed PC untuk 2015

Need for Speed sekarang dalam perjalanan menuju ke pelantar konsol pada November ini, tetapi perjalanan tersebut terpaksa dihentikan untuk pelantar PC sehingga 2016. Pembangun game tersebut, Ghost Games berkata ia terpaksa dianjakkan ke tahun 2016 untuk mengatasi masalah ‘frame rate’ dan menambah baik kualiti grafik di pelantar PC. Apabila versi PC dilancarkan, ia akan dilengkapi dengan segala ciri-ciri tambahan yang juga terdapat di pelantar konsol.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk kesabaran dan dedikasi anda pada Need for Speed,” kenyataan yang dikeluarkan oleh Ghost Games di blog mereka.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?