Tiada lagi game cetak rompak selepas 2 tahun nanti?

Sebelum sesebuah game, filem atau buku dilancarkan, mungkin anda pernah melihat sesetengah orang sudah pun menonton, membaca atau menghabiskan game tersebut. Ini kerana gejala cetak rompak yang berjaya memecah masuk sistem sekuriti sesuatu games atau media tersebut. Walau bagaimanapun, ada penggodam mengatakan semakin sukar untuk menggodam game sekarang dan berkemungkinan game tidak akan berjaya digodam dalam dua tahun lagi.

Game cetak rompak semakin sukar dilakukan setelah syarikat Denuvo Software mengeluarkan sistem anti inkripsi yang sukar untuk memecah masuk DRM seperti yang digunakan untuk game Just Cause 3. Mengikut kepada pengasas forum ‘cracking’ 3DM, perisian Avalanche Studio yang digunakan untuk siri terbaru Just Cause tersebut masih gagal digodam sejak game tersebut dilancarkan pada 1 Disember 2015 walaupun mendapat permintaan yang tinggi.

“Saya masih percaya game masih lagi boleh digodam, tetapi mengikut trend terkini dimana pembangunan teknologi inkripsi, dalam 2 tahun nanti saya merasakan bahawa tiada lagi game cetak rompak,” ‘Bird Sister’ menambah di blognya selaku pengasas 3DM.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

One thought on “Tiada lagi game cetak rompak selepas 2 tahun nanti?

Komen anda?