STEAM tidak lagi menyokong bitcoin sebagai instrumen pembayaran

STEAM tidak lagi menerima Bitcoin sebagai pembayaran seperti yang diumumkan Valve hari ini. Syarikat itu berkata mereka tidak menerima matawang krypto memandangkan ia memerlukan yuran yang tinggi serta matawang yang tidak stabil.

Berkenaan dengan yuran, Valve mengatakan bahawa yuran transaksi untuk pengguna yang menggunakan Bitcoin telah naik mendadak dari USD 0.20 ketika Valve mula menerima matawang ini berbanding sekarang sekitar USD20.00. Valve tidak mengawal yuran ini, tetapi mereka tidak senang dengan situasi ini. Berkenaan dengan matawang yang tidak stabil, Valve berkata matawang ini yang berada disekitar USD13,000 untuk 1BTC, nilai tersebut hanya tetap pada sesetengah waktu sahaja. Jika transaksi pembelian tidak berjaya dilakukan dalam jangka masa tertentu, jumlah bitcoin untuk transaksi tersebut boleh berubah sekelip mata sahaja.

Apa yang terpaksa dilakukan oleh Valve ialah mereka akan mengembalikan pembayaran kepada pembeli ataupun mereka terpaksa mengenakan bayaran lebih untuk kepada pembeli. “Buat masa ini, kami tidak akan menerima bitcoin sebagai medium pembayaran di Steam. Kami mungkin akan memikirkannya semula jika matawang bitcoin ini jika ia lebih stabil untuk digunakan pada pendapat kami dan juga pendapat dari komuniti Steam,” pihak Valve menambah.

Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa gelembung matawang krypto ini akan pecah tidak lama lagi. “Kita berada di tahap gelembung pasaran dan salah satu ciri gelembung pasaran ialah tidak ada cara untuk mengetahui apabila gelembung akan pecah.”kata Mick McCarthy, ketua strategi pasaran CMC Markets di Sydney.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?