Star Wars Battlefront sah dipertontonkan pada E3 2014

Star Wars Battlefront yang telah diberi nafas baru bakal dipertontonkan pada umum di Electronic Entertainment Expo (E3) Jun ini. Ia disahkan sendiri oleh CEO EA iaitu Andrew Wilson baru-baru ini.

Walaupun pasukan pembangun game tersebut masih banyak lagi yang perlu dilakukan kata Wilson, mereka mengesahkan ia akan dipertontonkan di E3 Jun ini bersama-sama dengan beberapa tajuk-tajuk besar yang lain.

Star Wars Battlefront telah diumumkan pada E3 yang lepas dengan video pengenalan yang dipertontonkan pada sidang akhbar EA.

EA juga telah mengumumkan bahawa Star Wars Battlefront bakal menggunakan enjin Frostbite yang baru. Ia dijangka menemui peminat pada tahun hadapan dan ia akan menjadi game pertama yang dikeluarkan setelah menandatangani perjanjian eksklusif antara EA dan Disney. Selain daripada itu, tajuk-tajuk Star Wars yang lain juga sedang dibangunkan oleh studio milik EA yang lain iaitu Visceral Games dan BioWare.

Star Wars Battlefront dibangunkan oleh pasukan pembangun veteran Battlefield di studio DICE Stockholm. Jadi anda mungkin boleh bayangkan kualiti yang bakal anda perolehi dari pasukan ini. 🙂

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?