Spesifikasi PES 2015 untuk PC dikeluarkan

Pada Ogos yang lepas, Pengurus Jenama PES Eropah Adam Bhatti telah mengumumkan bahawa PES 2015 versi PC adalah ‘hybrid’ antara generasi terdahulu dan generasi terkini. PES 2015 dibangunkan oleh pasukan di Jepun dan pasukan PES yang baru ditubuhkan di UK.

Jadi kepada yang tertanya spesifikasi PC yang diperlukan untuk bermain game ini, anda boleh lihat spesifikasi dibawah yang diambil terus dari twitter Konami. Konami telah menyatakan bahawa PES 2015 akan berada dipasaran pada 13 November ini untuk PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?