Spesifikasi minima Call of Duty: Black Ops 3 untuk PC diumumkan

Black-Ops-3_Ramses-Station_Street-Battle-1940x1091[1]

Activision dan Treyarch telah mengumumkan spesifikasi minima untuk Call of Duty: Black Ops 3 versi PC dengan beberapa perkara yang masih lagi dirahsiakan kerana pembangun game ini termasuk penerbitnya yang memberi komitmen kepada versi PC untuk tahun ini.Black Ops 3 telah diumumkan di Santa Monica semalam dimana ia dipertontonkan di tiga platform yang berlainan iaitu Xbox One, PC dan PS4 serta ia juga dipertontonkan dengan resolusi 4K.

“Game ini dibangunkan di 3 platform berlainan dan bukan dibuat salinan dari platform lain ke platform lain”, kata wakil dari Treyarch. Mereka juga menambah bahawa kali ini mereka hanya menumpukan pada versi PC dan platfrom generasi sekarang iaitu Xbox One dan PS4. Tiada versi PS3, Xbox 360 mahupun konsol Nintendo kali ini.

Spesifikasi minima untuk PC adalah seperti dibawah;Operating System: Windows 7 64-Bit / Windows 8 64-Bit / Windows 8.1 64-Bit

  • Processor: Intel® Core™ i3-530 @ 2.93 GHz / AMD Phenom™ II X4 810 @ 2.60 GHz
  • Memory: 6 GB RAM
  • Graphics: NVIDIA® GeForce® GTX 470 @ 1GB / ATI® Radeon™ HD 6970 @ 1GB
  • DirectX: Version 11
  • Network: Broadband Internet connection
  • Sound Card: DirectX Compatible

Jadi jika PC anda seperti diatas atau lebih tinggi, anda bolehlah bersedia untuk memiliki Black Ops 3.. 🙂 Video trailer Black Ops 3 juga anda boleh lihat dibawah ini.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?