Silent Hills akan membuatkan anda terberak didalam seluar, Kojima

#Penafian : KakiGame.Com tidak bertanggungjawab jika anda “terberak” setelah membaca entry ini. 🙂

Pencipta Metal Gear, Hideo Kojima berkata Silent Hills terbaru dari Konami akan membuatkan anda “terberak didalam seluar”. Pengumuman yang mengejutkan dimana Kojima yang kebiasaannya bekerja untuk Metal Gear kali ini bekerjasama untuk membuat game Silent Hill dan bekerjasama juga dengan pengarah filem seram dari Hollywood iaitu Guillermo del Toro.

Kojima berkata lagi ketika mengambil pentas di Gamescom bagi pihak Konami, Silent Hill akan membuatkan anda lebih takut dan seram dan anda kena yakin samada mampu atau tidak menanggung ketakutan itu.

Silent_Hill

“Seperkara lagi mengenai Silent Hills, dan saya telah berbincang dengan Guillermo del Toro mengenainya. Sebenarnya kami ingin membuatkan Silent Hills lebih seram supaya anda akan “terkencing” didalam seluar, tapi akhirnya kami mengubah fikiran supaya anda akan “terberak” didalam seluar,” kata Kojima dengan selamba ketika diwawancara.

“Satu lagi yang anda harus ingat, jika game terlalu menakutkan, orang tidak akan main game tersebut. Berlainan dengan filem, jika ia sangat menakutkan, anda boleh menutup mata dan semuanya akan berakhir. Tetapi tidak didalam dunia video game, anda akan terus berhenti bermain game tersebut. Oleh itu, kami akan hadkan betapa seramnya game tersebut.”

“Tetapi kali ini kami tidak akan mengendahkannya. Jika anda tidak mahu meneruskannya, kami tidak kisah. Itulah game yang kami sasarkan supaya anda akan “terberak” didalam seluar. Jadi para gamers sekalian, pastikan anda menukar seluar anda selalu,” kata Kojima lagi.

Demo pendek Silent Hills terbaru ini boleh dimuat turun di Playstation 4 melalui Playstation Store. Silent Hills akan mengetengahkan pelakon The Walking Dead iaitu Norman Reedus sebagai watak utama. Buat masa ini secara rasminya akan dikeluarkan di Playstation 4 tetapi tidak pasti samada akan dikeluarkan di Xbox One serta PC.

Selain daripada itu iklan pendek diatas, anda boleh saksikan video Demo gameplay tersebut sepanjang 1 jam melalui link dibawah.

http://www.twitch.tv/soapywarpig/b/557446887

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?