Selamatkan PS Vita anda dari Blue Light of Error

Adakah anda pernah mengalami Blue Light Error?

Antara simptom utamanya ialah PS Vita anda akan ‘hang’, skrin anda tidak dapat digunakan dan lampu biru  ‘PS’ mula berkelip. Banyak kemungkinan mengapa perkara ini boleh berlaku. Antaranya ialah kemungkinan PS Vita berada dalam kepanasan atau overheat. Ataupun update yang tidak lengkap. Oleh itu, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah untuk restart PS Vita anda dahulu.

Pertama sekali, pastikan PS Vita anda tidak kehabisan bateri, atau telah sejuk jika ia berada dalam kepanasan.

Kemudian, tekan butang power dan tahan kira-kira 30 saat sehingga menu seperti ini muncul;

Pilih option pertama dahulu untuk restart PS Vita anda. Jika berjaya mungkin ada sedikit bugs atau glitch pada game yang anda sedang main. Sekiranya masih tidak berjaya, pilih menu kedua untuk rebuild semula database. Jangan khuatir kena rebuilding database tidak akan padamkan segala data yang ada.

Sekiranya tidak berjaya, anda boleh cuba untuk keluarkan memory kad dan restart PS Vita anda tanpa menggunakan kad memori. Jika berjaya, ini bermakna kemungkinan fail atau game yang anda telah download rosak. Oleh itu, sebaik-baiknya anda format kad memori tersebut.

Sekiranya kad memori tersebut sudah dikeluarkan tetapi anda masih lagi mengalami masalah yang sama, tiada jalan lain selain anda harus menghantar PS Vita anda untuk mendapatkan waranti. Jika anda mempunyai tips-tips yang lain, sila lah berkongsi bersama.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?