Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin jika sepanjang Kakigame.com berblogging, ada kesilapan, terkasar bahasa, terkhilaf kenyataan yang menyinggung para gamers sekalian. Semoga dihari yang mulia ini, dapatlah kita meraikan dengan penuh nikmat dan kesyukuran.

Ketika musim perayaan ni, kurangkan sedikit aktiviti bergaming yer, kunjungilah rumah saudara-mara serta rakan-rakan. Ia lebih afdal untuk mengeratkan silaturrahim. Selepas itu, nak bergaming sampai ke subuh, silakan, janji yang wajib tidak dilupakan.

Kepada gamers yang memandu kereta & menunggang motosikal, harapannya semoga berhati-hati. Ingat orang tersayang yang sedang menunggu. Jangan memotong di lorong kecemasan kerana ia sikap yang kurang ajar, mementingkan diri sendiri serta menyusahkan orang lain terutama apabila kecemasan. Saman RM300 bakal menanti anda..

Kepada yang menggunakan kenderaan awam, jika pemandu kenderaan awam tersebut sebagai contoh bas memandu dalam keadaan merbahaya, anda ada hak untuk menegur kerana nyawa anda ditangan mereka.

Akhir kata sekali lagi daripada Kakigame.com, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahin Batin..

#Tahun ni saya beraya di kampung saya di Masjid Tanah, Melaka.. 🙂

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

2 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

  • July 30, 2014 at 10:15 pm
    Permalink

    Selamat hari raya jugak…nak dtg beraya rumah admin boleh hehe 🙂

    ReplyReply
  • August 3, 2014 at 11:55 am
    Permalink

    boleh2.. tapi duit raya takda.. duit raya untuk budak kecik je.. hehehe

    ReplyReply

Komen anda?