Segalanya mengenai Call of Duty Advanced Warfare

Call of Duty Advanced Warfare berkisar di tahun 2052 dimana dunia bergantung kepada askar persendirian dinamakan “Private Military Contractors” (PMCs) sebagai barisan hadapan. PMC mendapat mandat serta keperluan daripada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Lokasi

Kisah Call of Duty Advanced Warfare dijangka berada dilokasi seperti San Francisco dimana mercu tanda popular iaitu San Franciso Golden Gate Bridge kelihatan di dalam video trailer Advanced Warfare. Selain daripada itu, kemungkinan Lagos, Nigeria juga menjadi salah satu lokasi dimana terdapat beberapa bendera Nigeria serta perkataan Lagos kelihatan di jambatan dan beberapa papan tanda.

Watak

HOUSE OF CARDS

Kevin Spacey akan memain peranan sebagai Jonathan Irons, CEO kepada PMC iaitu Atlas.

Kevin Spacey berkemungkinan menjadi seorang watak antagonis didalam COD Advanced Warfare dengan menjadi seorang yang anti demokratik serta mementingkan kebebasan dan sekuriti didalam Amerika Syarikat.

Anda sebagai pemain akan bersaing dengan pengganas yang dikenali sebagai KVA yang menyerang beberapa buah bandar di sekitar dunia COD Advanced Warfare. Anda bermain sebagai Private Mitchell yang menggunakan suara Troy Baker. Mitchell pula berkawan rapat dengan anak Jonathan Irons (Kevin Spacey) bernama Will Irons yang menjadi pekerja di Atlas.

Teknologi & Kelebihan

Ada beberapa peralatan berteknologi yang dapat dilihat melalui trailer COD Advanced Warfare ini dan antaranya ialah

Pakaian Exo  – Anda dapat lihat bahawa askar menggunakan pakaian seperti didalam filem Elysium yang dilakonkan oleh Matt Damon. Apa yang boleh disahkan melalui video trailer COD Advanced Warfare, anda mampu melompat dengan lebih jauh menggunakan Pakaian Exo ini.

Memanjat Dinding –Melalui video trailer COD Advanced Warfare, anda boleh melombat menegak naik dinding. Rasa seperti Titanfall pun ada kan?

Titanfall Wall Climbing

Radar Detektif – Radar Detektif jelas kelihatan didalam trailer COD Advanced Warfare ini. Ia diaktifkan menggunakan grenad dan bakal menjadi perkakasan popular. Antara game yang menggunakan perkakasan ini ialah Batman Asylum.

Radar Vision

Penyamaran Halimunan– Halimunan mungkin bakal menjadi salah satu keupayaan tambahan yang bakal menjadi kegemaran para pemain nanti. Penyamaran halimunan sangat popular di Killzone dan Titanfall.

Drone – Drone sememangnya sudah menjadi kebiasaan didalam siri Call of Duty seperti Call of Duty Black Ops 2. Jadi berpandukan video trailer, ia akan kembali di Advanced Warfare.

Drone

Kenderaan

Motosikal Terapung – Motosikal terapung banyak kali ditunjukkan didalam trailer COD Advanced Warfare kali ini. Jadi tidak mustahil ia mungkin boleh digunakan didalam permainan sebenar.

Kerete Kebal – Kerete kebal yang mempunya empat tayar juga kelihatan didalam trailer tersebut kali ini tetapi tidak pasti samada ia boleh digunakan atau tidak.

Spider Tank

Helikopter – Helikopter masa hadapan juga kelihatan didalam trailer kali ini. Tapi tidak pasti samada anda boleh menjadi juruterbang helikopter tersebut, atau sebagai salah seorang penembak dari helikopter dan sebagainya.

Pembangunan Call of Duty Advanced Warfare

Sledgehammer telah disahkan sebagai studio yang bakal membangunkan Call of Duty Advanced Warfare dengan menggunakan enjin baru dan bakal dikeluarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Versi Playstation 3 dan Xbox 360 juga bakal dikeluarkan tetapi ia bakal dibangunkan oleh studio yang berlainan dari Sledgehammer dan tidak diketahui studio yang mana bakal membangunkan versi Xbox 360 dan Playstation 3.

Call of Duty Advanced Warfare juga menunjukkan bagaimana Activision masih meneruskan jalinan kerjasama yang erat dengna Microsoft dimana DLC untuk Call of Duty Advanced Warfare bakal dikeluarkan di pelantar Xbox One dan Xbox 360 dahulu.

Kepada yang masih belum lihat video trailer Call of Duty Advanced Warfare, anda boleh pergi ke pautan ini. Sesiapa yang sudah lihat trailer tersebut, apa pendapat anda mengenai Call of Duty Advanced Warfare ini?

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?