Review penuh Playstation 4 oleh KakiGame.com

Playstation 4

Salam 1Gamer semua..

Hari ini saya telah menerima Playstation 4 set US saya dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membuat review berkenaan dengan Playstation 4 ini. Kotak Playstation 4 bagi saya kali ini kurang menarik berbanding dengan kotak Playstation 3. Berbanding kotak Playstation 3 yang nampak seperti tegap dan gagah, kotak Playstation 4 seperti agak mudah pecah. Tapi tak kisahlah, yang penting isinya kan…

DSC_4738Kotak hadapan Playstation 4

DSC_4740

Bahagian belakang kotak Playstation 4

DSC_4741

Isi didalam kotak Playstation 4

  DSC_4754konsol dari kiri

DSC_4753konsol dari kanan

DSC_4752konsol dari hadapan

DSC_4760konsol dari belakang

DSC_4751Buku pengenalan di sebelah kiri dan kod PSN percuma di sebelah kanan.

DSC_4748dari kiri – Mono earphone untuk DS4, Kabel power (US version), kabel pengecas DS4 dan kabel HDMI

DSC_4747Dualshock 4 (DS4)

DSC_4744Lagi gambar DS4

DSC_4763

Konsol akan bernyala warna putih jika segalanya OK.

DSC_4772Menu hadapan Playstation 4

DSC_4764Pandangan hadapan BD COD Ghosts untuk Playstation 4

DSC_4766Pandangan dalam pula

DSC_4765

Serta pandangan di belakang.

DSC_4767

Pandangan hadapan BD Assassins Creed IV

DSC_4769Pandangan Dalam

DSC_4768Pandangan belakang.

DSC_4781

Antara features yang paling menarik sekali ialah anda boleh bermain game-game tertentu Playstation 4 melalui fungsi remote dari Playstation Vita. Playstation Vita akan menjadi skrin kedua ada dan ia juga mengeluarkan suara. Jika anda hanya mempunyai satu TV sahaja, mungkin ini salah satu option terbaik untuk anda. Isteri anda boleh melihat Maharaja Lawak, anda boleh bermain game Playstation 4 kegemaran anda melalui Playstation Vita. Pastikan dahulu game-game yang boleh dimainkan melalui remote play ini.

DSC_4782

DSC_4780

DSC_4778

DSC_4777

DSC_4775

DSC_4773

DSC_4779

Selain daripada itu, game Assassin Creed 4 juga boleh dimainkan menggunakan fungsi Remote Play dan setakat ini, grafik Assassin Creed 4 adalah yang paling terbaik dimainkan menerusi Remote Play Playstation Vita.

DSC_4790

DSC_4789

DSC_4788

DSC_4787

DSC_4786

DSC_4785

DSC_4784

DSC_4793Untuk melihat Filem Bluray juga tiada masalah untuk Playstation 4 seperti mana yang dilakukan oleh Playstation 3 juga.

DSC_4794.Cuma fungsi Remote Play Playstation Vita tidak dapat digunakan jika melihat filem Bluray.

DSC_4796Melayari internet dengan menggunakan web browser tersedia didalam Playstation 4 nampaknya gayanya tiada masalah.

DSC_4795

DSC_4797

Salah satu feature terbaru yang terdapat di Playstation 4 yang saya gemari adalah Live from Playstation. Ia menampilkan live streaming game yang mereka tengah mainkam di luar sana.

DSC_4798

Terdapat dua jenis video streaming yang anda boleh pilih iaitu samada Twitch ataupun ustream, terpulang kepada gamer tersebut untuk berkongsi video streaming mereka melalui salah satu platform ini.

DSC_4799Anda boleh bermain bersama-sama gamer tersebut melalui fungsi ‘Start This Game’, ataupun menghantar komen yang akan dipaparkan di ustream atau twitch mereka.

DSC_4801Anda juga boleh membesarkan skrin untuk lebih kepuasan.

DSC_4800 Kualiti dan kelajuan bergantung kepada lokasi juga. Ada kualiti yang tersangat baik, ada juga yang kualiti tidak berapa baik. Lagging juga berlaku, maklumlah streaming katakan.

DSC_4791

Soalan, bagaimana pula anda sendiri yang nak share gameplay anda? Senang sahaja, ketika anda tengah bermain game kegemaran anda, tekan butang Share di Dualshock 4 anda. Ada 3 menu seperti diatas keluar. Upload Video Clip adalah sebarang video gameplay yang anda tengah main maksimum sepanjang 15 minit dan ia dilakukan secara automatik oleh Playstation 4. Upload Screenshot pula adalah gambar yang ditangkap sewaktu anda menekan butang Share. Nak streaming secara live, pilih sahaja Broadcast Gameplay.

DSC_4792 Selepas itu, ada dua platform yang anda boleh pilih mengikut kesukaan anda samada twitch atau ustream.

Untuk melihat sendiri kualiti gambar yang diambil terus melalui butang Share di DS4, anda boleh klik gambar-gambar diatas.

 

Video yang diambil terus menggunakan butang share di DS4. Buat masa ini untuk video dan gambar, anda hanya boleh share terus ke akaun Facebook atau Twitter sahaja buat masa ini.

Berkenaan Playstation 4, ada nampak perbezaan yang ketara terutama game-game Playstation 4 berbanding dengan konsol yang lain seperti Playstation 3. Grafik serta fizik nampak gayanya lebih baik daripada Playstation 3. Genggaman tangan pada Dualshock 4 juga banyak perbezaan dan genggaman tangan lebih tegap dan padu. Dualshock 4 touchsreen juga sangat baik dan berfungi sepenuhnya apabila bermain game yang memerlukan fungsi ini seperti Warframe. Semalam saya membiarkan Playstation 4 saya ON selama hampir 6 jam. Pagi tadi kelihatan warna putih telah bertukar menjadi oren.

Setelah diperhatikan betul-betul, rupanya Playstation 4 ini berada dalam keadaan standby mode, tetapi sesi muat turun game masih berjalan seperti biasa. Kualiti Earphone ke DS4 bagi saya agak mengecewakan kerana kualitinya tidak sepadan dengan kekuatan yang ada pada konsol. Kualiti suara juga tidak berapa baik. Kipas juga berbunyi sangat perlahan walaupun ketika bermain game. Bluray disk berpusing dengan agak senyap dan hanya berpusing sekali-sekala sahaja. Oleh kerana hampir keseluruhan game sebenarnya telah dimuat turun kedalam storan Playstation 4, akses data ke disk telah berkurangan dan sememangnya ia membantu dalam game loading dan sebagainya.

Playstation Store juga saya boleh akses memandangkan akaun saya adalah akaun US. Terdapat beberapa game percuma seperti Warframe dan Blacklight. Saya berpuas hati dengan kualiti yang pada pada Playstation 4 walaupun beberapa isu yang timbul seperti BLOD yang agak hangat buat masa ini. Itu sahaja dari saya, sebarang persoalan atau pertanyaan boleh tujukan di bawah bahagian komen yer..

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

22 thoughts on “Review penuh Playstation 4 oleh KakiGame.com

  • November 20, 2013 at 12:11 am
    Permalink

    woah…great review from kakigame.saya gamers dari indonesia.penjelasannya bagus dan disertai foto dan video jg.untuk bahasa tak jadi masalah buat orang indonesia seperti sya.rada mirip bahasanya.salam hangat dari kita2 di indonesia 🙂

    ReplyReply
  • November 20, 2013 at 12:37 am
    Permalink

    @donny: Salam persahabatan juga dari Malaysia. Gamers tanpa sempadan.. 🙂

    ReplyReply
  • November 20, 2013 at 3:13 pm
    Permalink

    terbaik PS4 ><

    ReplyReply
  • November 21, 2013 at 7:30 am
    Permalink

    Salam, saya ada soalan.

    1) Bolehkah/berkemungkinankah PS4 ini disambungkan bersama dengan astro. Sebab ada HDMI in dibelakangnya?

    2) Tentang games, adakah PS4 membenarkan pembelian games secara online dan muat turun ke konsol tanpa perlu cakera fizikal?

    Terima kasih

    ReplyReply
  • November 21, 2013 at 11:32 am
    Permalink

    Salam..nk tnye klu gune lcd tv 32 inch ok ke?

    ReplyReply
  • November 21, 2013 at 2:29 pm
    Permalink

    @syafiq: Salam…

    1) tak boleh sebab HDMI PS4 untuk OUT ke display..
    2) Ada, di bahagian Playstation Store..

    ReplyReply
  • November 21, 2013 at 2:30 pm
    Permalink

    @ammar: Salam.. ok jer.. boleh.. takda masalah.. Graphic pun cantik lagi..

    ReplyReply
  • November 21, 2013 at 3:32 pm
    Permalink

    Cik Marwin Shah ! Tolong Approve Saye Di Group SGM ! Saye Newbie 🙂

    ReplyReply
  • November 22, 2013 at 7:37 am
    Permalink

    Owh…tq sye risau je sbb biasenye lcd32 inch ni support 720p.sye rse lcd sye support full hd

    ReplyReply
  • November 26, 2013 at 10:28 am
    Permalink

    @ammar: takda masalah.. untuk 32 inch, 720p dan 1080p tak nampak sangat perbezaan dia.. melainkan 42 inch dan ke atas.. baru nampak perbezaan dia..

    ReplyReply
  • November 27, 2013 at 10:06 am
    Permalink

    Salam kawan,

    Nak tanya, bila PS4 dah launch nnt on 20hb Dec, game PS4 region mana akan dijual? R1? or R3?

    Thanx.

    ReplyReply
  • November 28, 2013 at 12:11 pm
    Permalink

    Salam..

    Kalau Malaysia punya release, for sure R3 punya region.. R1 kena dapatkan dari third party punya kedai ataupun dari luar mcm Playasia atau Amazon..

    ReplyReply
  • November 29, 2013 at 9:28 am
    Permalink

    Review mantap cuma aku nk Tanya…mana kucing yg kaco ko main tuh…xdak review ka?…hahah..apapun Mari kita tunggu h-hour…

    ReplyReply
  • November 29, 2013 at 7:50 pm
    Permalink

    hahahahahaha… jom.. kita tunggu H-Hour!!!

    ReplyReply
  • December 8, 2013 at 1:36 pm
    Permalink

    Salam…nk tanye???? kalo main PS4 tapi x der internet,boleh main cam biasa ke??

    ReplyReply
  • December 11, 2013 at 5:36 pm
    Permalink

    salam nak tanya… awk beli PS4 US version berapa harga dia? and beli melalui apa? pasaran di malaysia harganya RM1799 mcm agak mahal

    ReplyReply
  • December 11, 2013 at 6:28 pm
    Permalink

    @adie: Salam… saya beli RM1300.. ~ USD399.. beli dari Amazon, Launch Day set.. tax dgn shipping cost saya dpt waived.. mgkn sebab saya amazon prime user.. tgk set Singapore atau Hong Kong set.. tak silap saya, ada kedai jual set HK/SG set dalam 1500…

    ReplyReply
  • December 8, 2014 at 4:20 pm
    Permalink

    Salam.. dari Amazon.. tapi baik beli dari Malaysia, at least warranty dari Malaysia..

    ReplyReply

Komen anda?