Project Shield dari Nvidia – Real Boxing demo

Project Shield ada sebuah konsol keluar Nvidia berasaskan sistem operasi Android dan dikuasakan menggunakan prosesor Tegra 4. Mengikut info dalaman Nvidia, Project Shield ini juga boleh membenarkan gamer bermain game Project Shield mereka terus ke PC melalui GeForce GTX 650 dan keatas.

Project Shield dikatakan sebagai open platform dan dilengkapi 5 inci retina-display touchscreen. Mengikut design, ia boleh dikatakan mempunyai keupayaan seperti konsol Xbox dan mempunyai HDMI port dan microSD card slot. Bateri pula dikatakan boleh bertahan sehingga 10 hingga 11 jam jika bermain game dan 24 jam jika digunakan untuk menonton filem HD.

Project Shield dijangka berada dipasaran US dan Canada sekitar bulan Jun 2013. Saksikan demo gameplay Real Boxing di Project Shield oleh Nvidia dibawah.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?