Power Grip untuk Playstation Vita dari Nyko

Nyko, syarikat pengeluar aksesori terkemuka di Amerika Syarikat bakal mengeluarkan aksesori yang bagi saya wajib dimiliki oleh pemilik Playstation Vita iaitu Power Grip.

Power Grip ini akan memberikan  genggaman yang lebih selesa untuk Playstation Vita anda. Pemegangnya boleh dikeluar masuk untuk mudah disimpan serta warna hitam berkilat seperti Playstation Vita menambahkan lagi keunikan Power Grip ini. Ia juga ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Oleh itu, anda akan lebih berasa selesa untuk bermain Playstation Vita anda dalam jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, terdapat built-in bateri yang boleh menambahkan masa permainan Playstation Vita anda dan ia boleh di cas semula menggunakan pengecas asal Playstation Vita anda. Aksesori yang wajib dibeli. Harga dijangka dalam lingkungan RM80.00 dan dijangka berada dipasaran tidak lama lagi.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?