Playstation Now – Internet berkelajuan 5Mbps diperlukan

Beberapa hari yang lepas, Sony telah mengumumkan servis terbaru mereka iaitu Playstation Now. Pasti ramai tertanya mengenai berapa kelajuan internet minimum untuk menggunakan servis ini.

Sony telah mengeluarkan kenyataan, untuk mendapat kualiti yang maksimum, anda memerlukan internet berkelajuan 5Mbps untuk menggunakan servis ini.

“Dalam ujian dalaman yang kami telah lakukan, pengguna telah mendapat kualiti gaming terbaik serta dengan menggunakan internet berkelajuan 5Mbps ini.” kata pihak Sony.

“Playstation Now akan menguji dahulu talian internet anda untuk setiap game dan ia akan cuba untuk menyamai dengan kualiti game tersebut jika talian internet anda lebih dari apa yang pihak kami sarankan.”

“Kami ingin memberikan pengalaman yang hampir menyerupai anda bermain game tersebut di konsol anda seperti biasa termasuk game tembak-menembak dan lain-lain lagi,” tambah mereka.

“Beta tertutup nanti membolehkan anda merasai pengalaman bermain game secara streaming ini dengan talian internet yang berbeza-beza dan sudah tentu ia akan membantu kami untuk menambah baik kualiti servis ini.”

Jadi kepada yang masih lagi berada di talian Internet Streamyx 1Mbps, digalakkan untuk menaik taraf ke Unifi jika ingin menggunakan servis ini bila ia berada di Malaysia nanti.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?