Playstation Camera untuk Playstation 4

Kepada yang bakal memiliki Playstation 4, sudah tentu ada dikalangan anda yang ingin memiliki konsol tersebut bundle dengan Playstation Camera. Apa itu Playstation Camera? Playstation Camera adalah kesinambungan daripada Playstation Eye yang terdapat di Playstation 3. Cuma masukkan kabel Playstation Camera ini di belakang panel Playstation 4 anda melalui panel AUX. Antara ciri-ciri Playstation Camera ialah;

Kawalan Muka

Mula-mula, Playstation 4 Camera akan mengaktifkan dahulu muka anda untuk dimasukkan kedalam sistem Playstation 4. Jadi anda perlu melakukan beberapa pergerakkan supaya Playstation Camera dapat menangkap muka dan gerak-geri anda kemudian. Cuma sayang sekali, Playstation Camera ini tidak boleh digunakan sebagai sebuah alat sekuriti seperti hanya muka anda sahaja yang boleh ‘unlock’ Playstation.

Kawalan Suara

Playstation Camera mempunya 4 microphone yang membolehkan kawalan suara dilakukan. Buat masa ini, anda cuma boleh mengawal UI di Playstation 4 dan belum boleh dilakukan pada game. Walau bagaimanapun, dijangkakan ada beberapa game yang bakal menggunakan fungsi kawalan suara ini seperti (rumor) Tom Clancy’s The Division;

PlayRoom

Playroom adalah sebuah sebuah program yang terdapat dalam semua Playstation 4 tetapi hanya boleh diakses menggunakan Playstation Camera. Terdapat 3 ‘game’ di dalamnya iaitu¬†¬†robot siber bernama Asobi yang menjadi seperti robot perliharaan anda, sekumpulan robot AR yang tinggal didalam Dualshock 4 anda dan sebuah game Pong versi AR. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk Playroom ini. Syarikat Double Fine telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan sebuah DLC untuk PlayRoom yang akan menambahkan lagi game/aktiviti didalam PlayRoom ini nanti. Anda boleh lihat extended video Playstation Camera yang diambil terus dari Playstation 4 saya di video bawah ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?