Playstation 4 terjual sebanyak 1 juta unit dalam masa 24 jam

Sebanyak satu juta unit PlayStation 4 konsol telah terjual kepada pengguna di seluruh Amerika Utara dalam masa 24 jam sejak ia berada dipasaran pada hari Jumaat, menurut kata Sony.

Walaubagaimanapun, ia tidak jelas sama ada statistik tersebut keseluruhan Playstation 4 diperuntukkan di seluruh AS dan Kanada , walaupun peruncit telah mendakwa bahawa stok sangat terhad dan hampir kehabisan.

” PS4 telah direka dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pemain, dan kami amat teruja bahawa respon pengguna begitu luar biasa, ” kata ketua eksekutif kumpulan PlayStation;¬† Andrew House.

“Jualan yang sangat baik di Amerika Utara, dan kita mengharapkan semangat yang sama berterusan bila kita melancarkan PlayStation 4 di Eropah dan Amerika Latin pada 29 November,” katanya.

“Kami amat berterima kasih atas keghairahan peminat PlayStation dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berterusan .”

Pada bulan Ogos , Sony mendakwa pra-pesanan global untuk sistem Playstation 4 telah melepasi satu juta. Adalah dipercayai bahawa angka itu adalah mendekati kepada 1.5 juta unit menjelang hari perlancaran Playstation pada Jumaat  lepas di US .

Sony akan memasuki pasaran kedua terbesar mereka iaitu Eropah, pada 29 November. Syarikat itu menjangka untuk menjual tiga juta unit menjelang kalendar akhir tahun ini – dua bulan sebelum sistem itu dijual satu lagi wilayah utama mereka iaitu Jepun.

Menjelang bulan April 2014, dijangka hampir 5 Juta unit Playstation terjual di seluruh dunia.

Pada 22 November 2013 ini pula , Microsoft akan memasarkan konsol terbaru mereka iaitu Xbox One ke negara-negara utama di seluruh Eropah dan Amerika Utara, termasuk United Kingdom, Jerman , Amerika Syarikat dan Kanada.

Playstation 4 akan memasuki pasaran Malaysia pada 20 Disember 2013 ini dengan harga standalone RM1,799.00. Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh lawati link ini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?