PES 2015 pada September 2014 ini

Konami akan mengeluarkan Pro Evolution Soccer 2015 ataupun PES 2015 untuk konsol Xbox One, Xbox 360, PS3 dan PS4 pada September ini. Walaupun Konami belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh keluarnya PES 2015, Gamestop Itali telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan berada dipasaran 26 September ini.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah PES, PES 2015 akan dibangunkan bersama oleh studia Konami di UK yang baru untukĀ  menjadikan game tersebut lebih mendekati peminat di Eropah.

“Saya tidak boleh memberitahu anda beberapa perkara mengenai PES 2015, tetapi kami bersedia untuk kembali,” kata orang besar Konami Eropah Shinji Hirano.

“Kami tidak boleh memberitahu apa yang kami sedang lakukan di studio UK, tetapi mereka bekerja keras untuk projek ini dan kami sedang mendekati peminat di Eropah. Ia mengglobalisasikan francais ini, supaya ia tidak dibangunkan oleh orang Jepun sahaja.”

“Kami tahu kekurangan PES dan kami sedang memperbaikinya. Versi seterusnya ini sangat berlainan. PES 2014 adalah tahun transformasi siri PES dan anda perlu menjangkakan sesuatu perubahan yang besar selepas ini.

Konami telah membuka studio di London untuk pembangunan PES pada Julai 2012.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?