Peminat Overwatch melakukan hormat senjata kepada rakan mereka yang meninggal dunia

Walaupun masih berduka setelah kehilangan rakan mereka, peminat Overwatch ini telah memberikan penghormatan mereka dengan melakukan hormat senjata menggunakan karektor yang diminati oleh rakan mereka yang telah meninggal dunia itu.

Komuniti Overwatch sememangnya amat besar dan ia telah menjadikan game ini salah sebuah game yang sangat berjaya untuk Blizzard dimana ia telah mencecah 20 juta pemain dan sememangnya ia membuatkan peminat Overwatch  lebih rapat antara satu sama lain kerana corak permainan game ini menjadikan ikatan persahabatan dan persefahaman sangat-sangat diperlukan. Buktinya ialah sekumpulan peminat Overwatch telah kehilangan rakan mereka iaitu Willem Den Toom baru-baru ini telah melakukan 12 tabik senjata menggunakan karektor yang diminati oleh Willem Den Toom ini.

Seperti yang anda akan saksikan video dibawah ini nanti, 12 pemain menggunakan avatar Pharah menembak roket ke matahari, selepas itu Reinhardts menembak api di langit. Selepas itu pula ia disusuli oleh Symmetra, Zaryas dan Lucios. Hanzos pula mengeluarkan ‘Spirit Dragon’ dipenghujung video tersebut.

Willem Den Toom adalah salah seorang peminat tegar Overwatch dan telah menyumbang di website Too Much Gaming. Malangnya beliau meninggal dunia pada umur 36 tahun. Jadi rakan-rakan mereka memberikan penghormatan yang unik menggunakan platform game Overwatch sendiri.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?