[PANAS] Game aksi tembak-menembak (FPS) menyebabkan kerosakan otak?

Kajian Universiti Montreal menemui game FPS dan kerosakan otak adalah berkait rapat.

Video game sering kali menjadi bualan ramai dimana ia sering dijadikan contoh negatif oleh mereka yang tidak pernah memegang alat kawalan ataupun tetikus. Tuduhan yang mengatakan bahawa video game menyebabkan keganasan, masalah sosial dan kerosakan otak sering kali timbul tanpa bukti yang kuat dan kukuh.

Tapi bagaimana jika penyebab kerosakan otak mungkin ada benarnya? Kajian yang dijalankan beberapa tahun sebelum ini sememangnya bagaimana positifnya permainan video ini untuk warga emas dalam membantu masalah ingatan, cara menyelesaikan masalah dan sebagainya. Komuniti gamers ingin melupakan pandangan negatif ini dengan berterusan untuk memberi sokongan kepada komuniti gamers ini  antaranya siri tv, filem dan pertandingan eSukan.

Kajian yang dilakukan di Universiti Montreal Kanada percaya bahawa ada kaitan yang kuat diantara permainan FPS (First Person Shooter) dan kerosakan otak. Kajian tersebut dilakukan ke atas 100 orang yang di minta untuk bermain game FPS selama 90 jam. Antara game FPS yang dimainkan adalah Killzone, Call of Duty dan Borderlands. Selepas bermain game ini, kajian mendapati tahap “gray matter” otak mereka sangat kecil berbanding dengan mereka yang tidak bermain permainan video langsung.

Saintis ini juga menyatakan permainan FPS akan mengaktifkan bahagian “autopilot” di otak, dimana ia menyebabkan pengecilan hippocampus yang akan menyebabkan hilang ingatan, kemurungan dan Skizofrenia.

100 orang yang sama juga diminta untuk bermain game teka-teki 3D yang memerlukan pemikiran yang mencabar dan keputusannya peningkatan tahap¬†“gray matter” yang menguatkan hippocampus.

Sememangnya agak seram dengan kenyataan ini, tetapi para saintis tersebut masih berhati-hati untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan cuma satu kajian sahaja dilakukan pada kumpulan yang kecil.

Ia kelihatan seperti taktik untuk menakutkan komuniti gamers untuk menerbitkan idea radikal seperti ini, tetapi itu tidak bermakna para saintis ini juga salah? Kita tunggu dan lihat..

Sumber

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?