MSI telah melancarkan GTX1080ti yang dilengkapi dengan USB-C

MSI telah melancarkan kad grafik pertama di dunia yang disertakan dengan USB-C. Kepada yang tidak mengetahui fungsi USB-C ni, ia juga dikenali sebagai Thunderbolt 3. Ia adalah sejenis penyambung universal yang dipertingkatkan lebar jalurnya; lebih besar dari Display Port dan HDMI. Berkemungkinan ia akan menggantikan port VGA serta HDMI pada masa hadapan.

Buat masa ni tiada harga diumumkan untuk kad grafik ini, tetapi ia dijangka berada disekitar harga 1080ti sekarang.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?