Model terbaru Playstation 4 CUH-1200 sudah berlegar dipasaran

Forumer Neogaf MicDrive and OCD Guy masing-masing dari UK dan Belanda bernasib baik kerana memperolehi model terbaru Playstation 4 CUH-1200. OCD Guy berkata, konsol pertamanya agak bising bunyinya, jadi dia terus ke kedai permainan video ‘Game’ dan mendapatkan konsol terbarunya. Komen beliau terhadap model PS4 terbaru ini;

Ia tidaklah terlalu senyap kerana setiap benda yang mempunyai kipas sudah tentu mempunyai bunyi, termasuk Xbox One, tetapi perbezaannya ialah anda perlu betul-betul meletakkan kepala anda di konsol tersebut untuk mendengar bunyi kipasnya.

Konsol baru ni hampir sama dengan Xbox One, cuma apabila berada dalam mod pegun (idle), ia sememangnya senyap. Xbox One memberikan 49db ketika pegun, manakala PS4 memberikan 45db. Catatan ini bukanlah saintifik dan saya tidaklah kisah mengenai perbezaan ini kerana saya bukan menggunakan peralatan rasmi. Saya menggunakan applikasi telefon bimbit, cuma yang penting adalah mengukur perbezaan kedua-dua konsol ini dan PS4 lebih 4dB senyap. Kelebihan Xbox One, ia sentiasa senyap dalam keadaan apa sekalipun, cuma bunyi kipas PSU nya agak bising.

PS4 versi awal saya dahulu apabila berada dalam keadaan pegun (idle), ia merekodkan 56dB. Saya sangat berpuas hati dengan versi baru PS4 saya ini

Beliau juga memberi komen mengenai butang mekanikal ‘power’ dan ‘eject’ untuk model terbaru PS4 ini.

Dua perkara yang saya ingin sentuh disini, walaupun ia agak minor, tetapi butang mekanikal ‘power’ dan ‘eject’ rasanya seperti murah, butangnya seperti longgar dan tidak sebaik butang sentuhan untuk model awal PS4.

Jika anda mempunyai alat kawalan Wii U, begitulah rasanya butang mekanikal terbaru PS4 ini. Satu lagi yang bukanlah isu besar tetapi saya ambil perhatian mengenainya ialah cahaya PS4 ketika ia dalam keadaan ‘On’ iaitu berwarna putih. Lampunya kelihatan lebih pendek dan tidak sebaik PS4 versi asal, tetapi saya tidak kisah.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?