Microsoft melancarkan Xbox One Elite terbaru

Xbox One Elite yang terbaru akan disertakan dengan alat kawalan tercanggih dan juga 1TB SSHD storan. Ia akan berada dipasaran pada November ini dengan harga USD499 (RM2,095.20) seperti yang diumumkan oleh Microsoft. Konsol tersebut hanya boleh diperolehi di GameStop dan Microsoft Store bermula 3 November 2015. Memandangkan konsol tersebut disertakan dengan storan SSHD, Microsoft berkata pemain Xbox One boleh menghidupkan konsol mereka dari ‘energy-saving mode’ 20 peratus lebih laju dari kebiasaannya.

Selain daripada itu, alat kawalan Elite akan disertakan sekali seperti yang telah dipertontonkan pada E3 yang lepas. Ini adalah konsol versi keempat yang dikeluarkan beserta 1TB storan. Sebelum ini, Microsoft telah melancarkan beberapa versi 1TB antaranya Master Chief Collection, FIFA 16 dan juga Forza Motorsport 6.

c6b63aaa-7205-4717-9636-8067d38d0559[1]

Klik untuk tumbesaran

Selain daripada itu, Microsoft juga melancarkan alat kawalan terbaru mereka iaitu Xbox One Special Edition Lunar White Wireless Controller. Ia akan berada dipasaran pada 22 September 2015 dan secara ekslusif di GameStop.

fb2c5901-6032-410b-ae5e-cd64ca42911d[1]

Klik untuk tumbesaran

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?