Maklumat dalaman mengenai Xbox 720

Konsol generasi terbaru untuk Xbox 720 sememangnya sudah kedengaran semenjak beberapa tahun yang lepas. Sejak kebelakangan ini, spekulasi mengenai Xbox 720 semakin panas setelah Sony melancarkan Playstation 4 yang bakal berada dia pasaran hujung tahun ini. Mengikut sumber dalam yang telah merasai konsol terbaru Xbox 720 ini sedia berkongsi serba sedikit maklumat mengenai Xbox 720 ini dan antaranya ialah;

  • Belum ada tarikh pengumuman mengenai Xbox 720 ini, tetapi untuk E3 nanti, booth Xbox akan dijadikan sebagai “Party Central”
  • Xbox 720 ini mempunyai kelajuan pemprosesan¬† 3 kali lebih laju dari Xbox 360
  • Belum ada tarikh tetap mengenai pengumuman tetapi ada kemungkinan waktu cuti 2013 atau hampir sama dengan Playstation 4 nanti.
  • Ada 2 versi yang bakal dilancarkan iaitu Arcade 320GB dan 500GB Pro
  • 1 TB HDD boleh dibeli secara berasingan
  • Blu-Ray tidak disertakan.
  • Tiada gambar prototaip untuk konsol ini memandangkan prototaip yang ada sekarang dibina di dalam badan Xb0x 360 Slim untuk mengelakkan sebarang komplikasi sehinggalah bentuk sebenar akan diumum kelak.
  • Spesifikasi; AMD eight-core x64 1.6GHz CPU, Direct3d 11.x 800MHz GPU, dan 8GB DDR3 RAM
  • Kinect 2.0 masih belum ada kata putus lagi

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?