The Legend of Zelda : Breath of The Wild adalah game terakhir dari studio Nintendo

Presiden Nintendo Amerika, Reggie Fils-Aime berkata, ” dari sudut pandangan pertama, tiada lagi pembangunan yang baru selepas The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Kami sememangnya berada di penghujung hayat Wii U.”

Tahun lepas, Nintendo telah mengumumkan ia akan memberhentikan pengeluaran konsol Wii U tidak lama lagi, tetapi tidak memperkatakan mengenai sokongan pembangunan game baru untuk konsol tersebut.

Dalam kebanyakkan konsol yang dikeluarkan oleh Nintendo, Wii U terjual dengan jumlah angka yang paling rendah dalam sejarah syarikat tersebut. Statistik ini sudah tentu akan terpahat dalam sejarah syarikat tersebut sebagai antara konsol yang gagal untuk syarikat tersebut yang hanya mampu terjual sebanyak 13.36 juta unit seluruh dunia.

Selain Wii U, Xbox 360 juga telah diberhentikan pengeluaran baru untuk konsol tersebut manakala PS3 masih lagi disokong oleh Sony dan belum ada berita mengenai bila pengeluaran PS3 akan dihentikan untuk memberi fokus pada konsol generasi terkini.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?