Lenovo kembali dengan gaming laptop siri Legion

Lenovo Legion Y720 dan Y520 bakal menjadi gaming laptop pilihan 2017.

Sudah sekian lama Lenovo ‘berehat’ dari arena laptop gaming mampu milik dipasaran. Sebelum ini mereka popular dengan Gaming laptop siri Y500p antaranya Y510P, Y530P, Y550P dan lain-lain lagi. Kali ini Lenovo serius untuk kembali bertarung dengan jenama-jenama yang lain seperti Acer, MSI, Asus, Dell dan lain-lain lagi.

Lenovo telah memperkenalkan dua versi Laptop Gaming Legion terbaru yang spesifikasinya sangat mengkagumkan iaitu Y720 dan Y520. Ia diperkenalkan di CES (Consumer Electronics Show) 2017 bertempat di Las Vegas, USA. Lenovo telah memperkenal beberapa produk baru antaranya ThinkPad X1, Miix 720 beserta Lenovo Active Pen 2, Lenovo Smart Assistant & Smart Storage dan lain-lain lagi. Tetapi apa yang menarik perhatian kami ialah dengan kemunculan siri laptop gaming terbaru oleh Lenovo iaitu Lenovo Legion Y720 dan Y520.

Lenovo Y720 di kiri dan Lenovo Y520 di kanan

Lenovo Y720

Lenovo Y720 dikuasakan dengan generasi ke 7 prosesor Intel®Core™i7 (atau i5 sebagai pilihan), grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1060 serta port Thunderbolt 3 (teknologi Intel). Lenovo Y720 juga menjadi laptop pertama didunia disertakan dengan DolbyAtmos® yang memberi kepuasan maksimum kepada peminat siri ini. Selain daripada itu, antara ciri menarik yang lain disertakan di dalam Lenovo Y720 ini ialah ia tersedia untuk ‘virtual reality’ dimana ia telah pun mendapat pengiktirafan dari Oculus Rift. Ini bermakna anda tidak perlu risau samada Oculus Rift anda boleh digunakan atau tidak di laptop ini.

Lenovo Y720 menyokong kawalan jauh Xbox One tanpa alat tambahan

Ciri tambahan yang lain juga ialah skrin Lenovo Y720 ini disertakan dengan dua pilihan iaitu 15.6″ 1080p ataupun 15.6″ 4K resolusi. Anda juga bakal disertakan dengan 16Gb DDR4 Ram, slot 2x SODIMM. Satu lagi ciri menarik ialah ia tersedia penggunaan alat kawalan Xbox One. Jadi anda tidak perlukan sebarang ‘dongle’ kerana ia sudah tersedia didalam laptop ini. Harga Lenovo Y720 ini ialah USD1399 (~RM6292) dan bakal berada dipasaran pada April ini. Buat masa ini belum ada lagi harga rasmi untuk Malaysia diumumkan.

Galeri Foto Lenovo Y720

Lenovo Y520

Seperti Lenovo Y720, Lenovo Y520 dikuasakan dengan generasi ke 7 prosesor Intel®Core™i7 tetapi kad grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050ti. Ia juga disertakan dengan 16Gb DDR4 Ram, slot 2x SODIMM manakala skrin pula dilengkapi dengan 15.6″ resolusi 1080p atau 16.9″ IPS sebagai pilihan. Lenovo Y520 akan berada dipasaran Februari ini dengan harga USD899 (~RM4043.25). Seperti juga dengan Lenovo Y720, belum ada lagi harga rasmi dan tarikh sebenar perlancarannya di Malaysia.

Galeri Foto Lenovo Y520

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?