Kompleks beli-belah sediakan tempat bermain game ketika pasangan membeli-belah

Sebuah kompleks membeli-belah di China telah menyediakan sebuah tempat atau booth untuk suami/teman lelaki ketika pasangan masing-masing pergi membeli-belah di kompleks tersebut.

Global Harbour, kompleks membeli-belah terbesar di Shanghai telah melancarkan “Hac Suami” dimana suami boleh bermain game sambil pasangan membeli belah.

Hac berbentuk kotak itu diperbuat daripada gelas supaya ia tidak mengganggu pengunjung lain yang sedang membeli-belah. Ia memuat seorang sahaja dalam sesuatu masa.

Hac ini telah dipasang untuk percubaan selama sebulan dan ia telah menerima respon balas yang bercampur. Salah seorang pengunjung mengatakan bahawa idea ini adalah terbaik untuk kedua-dua pasangan. Pasangan yang lain boleh pergi membeli-belah manakala seorang lagi boleh berseronok didalam hac ini tanpa gangguan.

Walau bagaimanapun, seorang wanita berkata ia agak mustahil untuk memberhenti seorang lelaki ketika mereka bermain game. “Sekarang saya pula terpaksa tunggu suami saya berhenti bermain game setelah saya selesai membeli-belah”. 🙂

Harap-harap kompleks beli-belah di Malaysia dapat mengikuti jejak langkah Global Harbour ni.. 🙂

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?