Kad grafik NVidia GTX Titan Z berharga RM10,000.00

NVidia baru-baru ini telah mengeluarkan kad grafik yang dikatakan paling berkuasa buat masa sekarang dengan harga lebih kurang RM10,000.00. Dinamakan sebagai NVidia GTX Titan Z dan ia sudah pun berada di kedai atas talian seperti Amazon, Tigerdirect dan NCIX serta ia cuma berada di pasaran UK dan US buat masa ini.

Titan Z dilengkapi dengan dua GPU Kepler dan diperkuatkan dengan 12GB memori frame buffer dan menyokong 4k serta berbilang paparan.

GTX Titan Z GTX Titan Black GTX 780 Ti GTX Titan
Stream Processors 2 x 2880 2880 2880 2688
Texture Units 2 x 240 240 240 224
ROPs 2 x 48 48 48 48
Core Clock 706MHz 889MHz 875MHz 837MHz
Boost Clock 876MHz 980MHz 928MHz 876MHz
Memory Clock 7GHz GDDR5 7GHz GDDR5 7GHz GDDR5 6GHz GDDR5
Memory Bus Width 2 x 384-bit 384-bit 384-bit 384-bit
VRAM 2 x 6GB 6GB 3GB 6GB
FP64 1/3 FP32 1/3 FP32 1/24 FP32 1/3 FP32
TDP 375W 250W 250W 250W
Lebar Triple Slot Double Slot Double Slot Double Slot
Jumlah Transistor
2 x 7.1B 7.1B 7.1B 7.1B
Proses Pembuatan
TSMC 28nm TSMC 28nm TSMC 28nm TSMC 28nm
Tarikh bakal dilancarkan
28/05/2014 18/02/2014 07/11/2014 21/02/2013
Harga ~RM9,640.29 ~RM3,211.29 ~RM2,246.94 ~RM3,211.29

 

Selain daripada itu, Titan Z dilengkapi dengan 5,760 cores lapan TFLOPS dan tidak seperti dua kad grafik yang digabungkan melalui SLI/Crossfire, Titan Z berjalan dengan kelajuan clock yang sama dan diseimbangkan  kekuatannya jadi kedua-dua grafik tidak akan terjadinya ‘bottleneck’.

Belum ada tarikh lagi bila kad grafik ini akan berada di Malaysia, jadi kepada sesiapa yang mempunyai duit terlebih, dipersilakan untuk memilik kad grafik ini. 🙂

geforce-gtx-titan-z-style2[1]

GF_GTX_Titan_Z_PCB[1]

geforce-gtx-titan-z-bracket[1]

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?