Hayat PlayStation 3 hampir sampai ke penghujungnya..

Sony sering kali mengatakan bahawa konsol keluaran mereka akan bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun. Playstation 3 yang dilancarkan pada penghujung 2006 telah pun melepasi jangka hayat tersebut.

Mengikut kenyataan dari website Gamestalk¬†yang telah diterjemah semula, Sony Japanese Playstation menunjukkan bawah stok terakhir Playstation 3 tidak akan ditambah semula.¬†“Shipments are scheduled to end soon,” nota yang telah disertakan untuk model 500GB.

Playstation 3 dilancarkan di Amerika Utara dan Jepun pada November 2006. Walaupun beberapa isu kecil melanda serta ketidakpastian mengenai keupayaan Playstation 3 untuk mengatasi Playstation 2 serta Playstation, ia berjaya terjual sebanyak 80 Juta unit sewaktu Playstation 4 dilancarkan pada November 2013.

 

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?