Harga Xbox One di Jepun diketahui

Microsoft telah mengumumkan harga Xbox One yang bakal dilancarkan di Jepun pada September ini. Terdapat dua pakej yang bakal dipasarkan iaitu pakej dengan Kinect 49,980 yen (RM1,578.32) dan pakej tanpa Kinect 39,980 yen (RM1,262.53).

Antara game yang bakal berada dipasaran Jepun ketika perlancaran rasmi Xbox One termasuklah FOrza Motorsport 5, Dead Rising 3, Kinect Sports Rivals dan Ryse: Son of Rome.

xbox-one-controllers

Selain daripada itu, Square Enix telah mengesahkan game keluaran mereka seperti Tomb Raider Definitive Edition, Murdered: Soul Suspect, Thief dan Call of Duty: Ghosts turut berada di pasaran Jepun ketika perlancaran.

D4: Dark Dreams Don’t Die, dari Deadly Premonition turut mengesahkan game mereka akan berada dipasaran tahun ini. Setelah memasarkan produk mereka di 13 buah pasaran dunia semenjak November 2013, Microsoft berkata mereka berjaya memasarkan 5 Juta unit Xbox One seluruh dunia. Xbox One juga bakal di pasarkan di 26 buah pasaran dunia termasuk China dan Singapura pada September 2014 ini.

Saya sekali Malaysia tidak termasuk dalam negara-negara tersebut. Oleh itu, pakej yang sesuai untuk warga Malaysia dapatkan konsol Xbox One ini ialah samada Hong Kong atau Singapura.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?