Harga Call Of Duty Modern Warfare Remastered didedahkan

Call of Duty Infinite Warfare telahpun diumumkan dimana ia bakal dilancarkan penghujung tahun 2016. Walau bagaimanapun, ia telah dibayangi oleh kemunculan semua Call of Duty Modern Warfare Remastered dimana rata-rata peminat tegar Call of Duty hanya berminat dengan Modern Warfare Remastered berbanding Infinite Warfare. Activision telah melakukan sesuatu tindakan yang nakal dimana anda hanya boleh mendapatkan Call of Duty Modern Warfare Remastered hanya jika anda membeli Call of Duty Infinite Warfare Legacy Edition dan Legacy Pro Edition. Ia tidak akan dijual berasingan. Berapakah harga sebenar?

 

Infinite Warfare

Agak licik permainan Ubisoft kali ini. Sesuatu yang agak merisaukan dimana Ubisoft tidaklah mempunyai rekod yang baik apabila me’remaster’kan sesuatu dan antaranya ialah Prototype 1 dan 2 yang mendapat kritikan yang sangat teruk suatu ketika dahulu. Tetapi saya yakin, Call of Duty versi kali ini sememangnya akan mendapat sambutan hangat memandangkan mereka mempunyai pengikut yang kuat dan tidak mustahil kerana ramai yang merindukan Call of Duty Modern Warfare Remastered yang bakal disokong versi multiplayer mengikut khabar angin. Saya secara peribadi akan mendapatkan Call of Duty ini bukan kerana Infinite Warfare, tetapi kerana Modern Warfare Remastered. 😀

Trailer Rasmi Call of Duty Infinite Warfare

Video perbezaan antara Call of Duty Modern Warfare original dan Remastered

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?