Grand Theft Auto 5 PC dilewatkan sekali lagi ke April 2015

Berita buruk kepada peminat Grand Theft Auto 5 versi PC. Sekali lagi ia terpaksa dilewatkan ke April 2015.

“Kami ingin meminta maaf kepada semua gamer PC di seluruh dunia diatas kelewatan ini kerana kami memerlukan lebih masa untuk memastikan game ini dikeluarkan dengan selengkapnya,” kata wakil Rockstar. Atas dasar kewajipan mereka, Rockstar akan memberikan $200,000 tunai matawang Grand Theft Auto kepada yang telah membuat tempahan game tersebut di pelantar PC.

Mereka juga berjanji mod Grand Theft Auto yang paling popular iaitu Heists akan dikeluarkan bersama-sama hari perlancaran nanti.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?