Gamers wanita lebih setia berbanding gamers lelaki?

Sememangnya wanita dilahir lebih komited berbanding lelaki terutama sekali didalam perhubungan (ye ke?). Tetapi mungkin kajian dari pengkaji ini boleh menambahkan lagi satu slot untuk ciri-ciri komited seorang wanita. Percaya atau tidak, wanita juga seorang yang komited didalam video game. Mereka menghabiskan lebih wang, masa serta kesungguhan mereka pada video games terutama game mobil (telefon mudah alih). Walau bagaimanapun sudah tentu ia lebih kepada game-game tertentu.

Kajian dari Flurry, menunjukkan wanita menghabiskan lebih masa dan wang di game mobil dan lebih setia pada game tersebut berbanding lelaki. Bahkan mereka menghabiskan wang untuk membeli aplikasi 31% lebih berbanding lelaki dan 35% lebih masa berbanding lelaki.

Female vs Male Gamers Time_hires_v1

Anda boleh lihat kajian menunjukkan gamers lelaki lebih menjurus kepada game berasaskan kad manakala wanita mendominasi game pengurusan dan simulasi (The Sims, Sim City etc), Solitaire dan lain-lain lagi. Mungkin gamer tegar lelaki akan mempertikaikan graf ini tetapi tidak dinafikan masih ada ramai lagi wanita yang begitu komited dalam video game sehingga menjadi seorang gamer profesional. Pendapat anda?

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?