Game percuma untuk pemilik akaun Playstation Plus US

Pemilik akaun Playstation Plus US bakal mendapat hadiah istimewa dimana mereka boleh memiliki game RPG yang menjadi kegemaran ramai iaitu Demon Souls tanpa sebarang kos atau percuma mulai 03 April 2013.

Demon Souls

Game ini akan menjadi yang pertama antara game-game ekslusif Playstation Plus Instant Game Collection sepanjang bulan April ini.

Selain daripada itu, The Walking Dead akan mendapat diskaun untuk setiap episod iaitu USD3.99 untuk PSN biasa dan USD2.99 untuk PS Plus manakala untuk keseluruhan episod pula USD 14.99 untuk PSN biasa dan USD10.49 untuk PS Plus.

Akhir bulan ini pula, PS Plus boleh mendapatkan mendapatkan game Soul Calibur : Broken Destiny (PSP – Vita compatible),┬áMalicious (PS3), Labyrinth Legends (PS3) dan Zombie Tycoon 2: Brainhov’s Revenge (PS3 dan PS Vita – Cross-Buy serta Cross-Play) yang turut tersenarai di dalam Instant Game Collection.

Game-game ini pula akan dikeluarkan dari senarai Instant Game Collection;

  • Spec Ops: the Line – 02 April 2013

  • Street Fighter IV Arcade Edition – 09 April 2013

  • Anomaly: Warzone Earth – 16 April 2013

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

Komen anda?