Game Percuma – Soldier Front 2

Soldier Front 2 adalah sebuah game Free to Play yang dikeluarkan oleh aeriagames.com khas untuk pelantar PC. Game ini adalah sekuel kepada Soldier Front yang begitu popular di Korea dan beberapa negara Asia termasuk Eropah.

Soldier Front 2

Free to Play dalam erti kata lain bermaksud anda boleh bermain game ini secara percuma tanpa memerlukan bayaran kecuali jika anda ingin menaik taraf senjata dan lain-lain dengan cepat, bayaran akan dikenakan.

Anda boleh muat turun game ini di http://www.aeriagames.com/account/signup/sf2us (pendaftaran percuma) atau melalui Steam di http://store.steampowered.com/app/239660/.

Soldier Front 2

Dibina menggunakan engine Unreal Engine 3, game ini patut menjadi pilihan para gamers yang inginkan keseronokan tanpa memikirkan untuk mengeluarkan wang.

Selain daripada itu, DLC terbaru Soldier Front 2 iaitu Alien juga akan dikeluarkan tidak lama lagi (atau mungkin sudah keluar). Corak permainan seperti bermain Zombie di Call of Duty World at War atau Black Ops, tetapi kali ini anda akan bertahan dengan serangan alien yang cuba merosakkan induk yang telah anda tawan. Saya berkesempatan untuk bermain DLC Alien tersebut. Saksikan video gameplay tersebut dibawah.

digolbot

Seorang peminat game tegar. Konsol pertama adalah Super Nintendo Entertainment System dan game kegemaran ialah Final Fantasy 8. Ingin menjadi seperti Squall Leonhart tetapi tidak kesampaian memandangkan terlebih BMI.

4 thoughts on “Game Percuma – Soldier Front 2

  • July 15, 2013 at 11:34 pm
    Permalink

    bos gameplay gta 5 ada dah

    ReplyReply
  • July 16, 2013 at 5:37 am
    Permalink

    GTA 5 belum keluar lagi, tp saya akan carik video2 gameplay yang actual in-game. BTW, ada hint yang mengatakan GTA5 juga akan kuar dp PC..

    ReplyReply
  • September 22, 2014 at 2:26 am
    Permalink

    nk tnye sket…
    npe sye xbleh main soldier front 2….
    setiap kali tkn start die kuar error code….

    ReplyReply

Komen anda?